SELAMAT DATANG KE AMYSTUDIO (WEDDING PHOTOGRAPHY) DIPLOMA IN PHOTOGRAPHY AND DEGREE OF ART TEACHING EDUC
Tuesday, April 7, 2009
Dah lama tak menulis
7 April- Haaa... lama sudah tak menulis dalam blog ni. Semuanya biasa sahaja, sibuk dengan tugas sekolah, barunya cuti tak pergi kemana-mana kerana anak ada kelas tambahan setiap hari cuti, Lepas tu minggu lepas pergi tengok rumah yang baru dibeli di Taman Perisai Wira, dah hampir siap tinggal 30% lagi nak siap, ok lah tu hujung tahun ni nampaknya dapatlah rumah tu, kalau siappun tak boleh duduk lagi kerana masih perlu menjaga mertua yang tinggal seorang diri di kampung. Tapi tak apalah bolehlah persiapkan dulu rumah tu dengan perabut dan sebagainya. Hari jumaat ini bolehlah lah bawak isteri pergi tengok rumah tu, rumah ni saya beli pun adalah untuk isteri saya, supaya besok ada tempat tinggal, walaupun rumah teres ni kecil tapi dengan ahli keluarga yang tak berapa ramai, ok lah tu.. sekian
Monday, March 2, 2009
Hari ini ada peperiksaan bulanan/ujian pengesanan
2 Mac- Hari ini ada ujian pengesanan di sekolah. Minggu ni tak mengajarlah kena jaga periksa dan marking kertas periksa. Ada berita menyedihkan pagi ini, Pok sik dah meninggal dunia pukul lima pagi tadi akibat strok, dah lama tak jumpa allahyaraham last-last terima berita kematiannya pagi ni dan dah pergi melawat tadi, itulah kehidupan kita atas dunia ini, semuanya sementara cuma, akhirnya kita semua akan mengadap Allah SWT, kembali kepada penciptanya, mula-mula orang, lepas tu orang, lepas tu tibalah masa kita pula untuk pulang apabila Allah SWT memanggil kita kembali kepadaNya. Minggu ni alam permotoran lesu sikit, moto tak leh jalan kerana hujan pagi petang, minggu lepas bateri moto kong . tapi dan tukar asid baru boleh start semula, sekarang semua dah ok.
Thursday, January 29, 2009
Masih Lagi bercuti
29 Jan- Hari ini masih lagi bercuti tahun baru Cina, dah sekolah ganti hari sabtu baru ni, dan akan ganti satu hari lagi pada 14 Feb ni, tak pe lah asalkan boleh cuti lagi menyenangkan, banyak kerja boleh buat masa ni, contohnya buat majalah sekolah, menaip data untuk majalah sekolah. Kelmarin dulu jumpa teman lama masa kerja di AAR dulu, Azmi yang balik cuti raya cina, berbual tentang kehidupan lalu dan terkini, banyak telah berubah, dia gemuk sikit, rambut dah kurang sikit, tapi tetap hensem macam Awie. Dia minat juga dengan alam permotoran ini dan teruja bila tengok moto kawe, rasanya dia nak beli moto juga, tapi katanya tak ada fulus lagi, kalau ada angkat satu, barulah betul-betul macam awie. Cuti ni tak pergi kemana kerana anak ada kelas tambahan matematik tiga hari berturut-turut, nampaknya guru matematiknya amatlah rajin, baguslah begitu, jarang nak dapat cari guru yang betul-betul rajin. harap tahun ni anak perempuan kawe form 3 dapat A1 dalam peperiksaan PMR tahun ni, Perkenankanlah. ok itu sahaja, sekarang ni duk tunggu nak jemput wife kat kafe, nak balik...ok see later!!!!!
Thursday, January 15, 2009
SELAMAT TAHUN BARU
15 Jan- Nampak belum lagi terlambat untuk menyambut tahun baru, selamat bersekolah!!!!
Sunday, December 28, 2008
Saturday, December 13, 2008
Aktiviti Sepanjang Cuti Yang Panjang
13 Dis-Haaa.. dah lama tak menulis dalam blog ini kerana hanyut bersama cuti yang panjang, kepada semua kawan guru-guru, selamat bercuti panjang nampaknya tinggal hanya 2 minggu lebih-lebih lagi. Aktiviti sepanjang cuti ini memang banyak ingat nak pergi melawat kat mana-mana tempat tapi banjir dan kekurangan wang terpaksalah duk kat rumah jea!. Hari Raya korban baru ni pergi ke rumah abang Man, abang Ipar kerana anak sedara buat kenduri sembelih seekor lembu. Alhamdulillah semuanya ok. Pesanan untuk anak sedara Sue, rajin-rajin belajar habiskan semester bagi memperolehi ijazah, lepas ni boleh jadi cikgu mengajar dengan penuh dedikasi. Baru-baru ini, pergi bank Islam kerana nak beli rumah di Taman Perisai Wira, sekarang duk tunggu panggilan telefon untuk sain surat perjanjian. Semalam pergi dengan Cikgu Hassan ke Taman Perisai Wira tengok contoh rumah teres setingkat yang hendak dibeli tu, ok lah jugak kerana agak luas, nampak kalau tidak aral melintang bulan 7 tahun depan bolehlah duduk rumah baru.Berkenaan dengan alam permotoran, moto kawe Virago masih lagi ok, cuma dah lama tak start, kelmarin cuba hidupkan dan roda-roda keliling Kuala Krai. Nampak aktiviti permotoran stop kejap kerana hujan, lepas ini kot adalah aktiviti konvoi ke mana-mana tempat tapi belum meeting dengan ahli kelab lagi, insyaallah mungkin minggu depan adalah kot. Minggu lepas anak murid kahwin, Nurul Akma tengok gambar atas saya bersama bekas anak murid, ok awak semua selamat maju jaya!
Sunday, November 9, 2008
MInggu Terakhir Persekolahan Tahun Ini
9 Nov- Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan pada tahun ini, sekarang semua guru sibuk dengan peperiksaan akhir tahun dan SPM akan bermula pada 11 Nov ini, Masa ni saya duk sibuk marking kertas BI tingkatan 2 dan 4, belum siap lagi, Insyallah pada hari Rabu ni siap kut markah untuk dihantar ke Unit Peperiksaan Semakmur. Segala-segalanya berlalu dengan pantas, sup-sap,sup-sap dah akhir tahun dah,tapi banyak kerja dan projek belum lagi beres. Ingat hati hari Rabu ni, nak buat Video Klip nyanyian untuk persembahan dan mengasak bakat dalam pembuatan video klip, harap-harap hari Rabu ni bolehlah buat penggambaran kat Tasik Kuala Krai. Mungkin jugak dalam cuti ni sibuk dengan penggambaran Video perkahwinan, setakat ini belum ada tempahan lagi , mungkin seminggu lagi ada lah kut, Sekarang PC kat rumah dah tukar kepada yang baru jenis Acer model 1641-2.2Ghz, ram 2,5ghz, hardisk 160gb, biar power sikit senang nak convert video.
Thursday, November 6, 2008
Tak mengajarlah hari ni, jamuan, solat hajat dan izin ilmu
6 Nov- haaaaa... hari ini boleh dikatakan tak mengajarlah kerana sebahagian pelajar sedang periksa dan yang tingkatan 5 ada majlis solat hajat dan izin ilmu, semua guru tingkatan lima terlibat, yang hadir adalah. Hari ini masih ada lagi jamuan tingakatn 4 dan 5 MPV, kenyang pulak gamaknya hari ni. Itulah untungnya jadi guru, akhir tahun dijamu oleh pelajar, kenyang dari pagi sampai tengahari. Begitulah adab membalas budi guru, esok mereka jugak akan merasa begitu bila jadi guru. Hari ini jugak mungkin ke Kuala Krai ada nak beli barang sikit sambil-sambil bawa keluarga keluar makan.
Monday, October 13, 2008
Peperiksaan PMR bermula
13 Oktober- Hari ini peperiksaan PMR bermula, ramai cikgu tak ada kerana jaga periksa. Bagi saya ,dah tak larat dah ,dah tua kot, Mungkin petang ni ke Guchil berjumpa dengan member2 bikers sambil minum air dan bincang2 hal moto, moto Virago kawe baru tukar tayar semalam kos nya RM350, rasa ok sikit tidaklah tergoyang-goyang guna tayar yang buruk tu, tayar yang lama tu sedekah kat cikgu sakri nak bubuh kat moto jaguh dia, boleh lagi pakai tapi tak sedap sikit. Jaket kulit bell dah tercabut zipnya ingat nak repair bubuh zip baru, acap kali dah ke Kota Bharu nak tukar tapi tak jadi-jadi, mungkin minggu depan kot jadi lah, pikir2 sekali nak beli jaket kulit baru tetapi ongkosnya kurang kerana dah beli tayar baru.Bulan ni agak tenang sikit masuk mengajar dalam kelas seperti biasa ngajar budak2 yang macam-macam perangai, kadang-kala terhibur jugak dengan bebudak yang nakal-nakal, ada-ade ajea idea mereka membuat perkara yang pelik-pelik dalam kelas, kelas penuh dengan situasi lawak jenaka macam kumpulan senario ada saja lawak dari mereka. oK SEE u AROUND
Sunday, October 12, 2008
Lepas Raya apa hal? Duit pun habis
12 Oktober- Haa.. lepas raya ni apahal semuanya, duit habis banyak hampir RM5000, banyak woo.. apaketidaknya, kereta rosak cluth baiki habis RM350, tayar moto RM350, beli baju anak jate RM400, minyak keta rm200, bagi isteri RM500, minyak moto RM50, beli baju raya sendiri RM200, duit raya untuk anak2 RM200, duit raya untuk anak-anak sedara dan jiran RM300,hutang bank dan koperasi, RM1489, api letrik RM50, air RM60, kuih Raya RM300, insuran keta rm600, dan banyak lagi dah tak ingat kira-kira dekat RM5000, gaji dan bonus all gone!, Tapi tak apa raya punya pasal duit habis pun tak apa, nak buat macam mana
Tuesday, September 9, 2008
Kelebihan Moto Virago535
09 Sept- Hari ini saya membincangkan kelebihan moto ini, dulu saya dah terangkan kelebihannya tetapi semalam terdelete masa tengah edit blog ini. Moto ini saya beli 2 tahun lepas sampai sekarang tiada masalah. hanya servis biasa. Moto ini amat cantik kerana hampir 50 peratus bodykitnya adalah crome terutama di bahagian enginnya, nampak berdaya bila menunggang., minyaknya jimat kerana bila kita isi penuh tangkinya campur dengan tangki rizab sekitar 15 liter, setiap 1 liter minyak kita boleh jalan sehingga 20 km lebih bergantung pada kelajuan. Lebih slow lebih jimat. Tentang servis amat mudah, tukar minyak hitam 3.2 liter bila tukar oil filter, kalau tak tukar oil filter minyak hitam hanya 2.8 liter sahaja, Moto ini tak berapa laju sesuailah dengan namanya, Moto ini dalam kelas Chooper dan cruiser, menunggang moto ini hanya untuk menikmati keseronokkan bermoto sambil menikmati persekitaran. Tork amat bagus terutama ketika memotong kenderaan lain walaupun dalam gear paling atas, fuuh seronok betul bila memotong..zuuup lepas,top speed 150 jea! tapi ini bukan moto lumba, kalau nak berlumba jangan guna moto ni, kena beli ZX10 kea, CBR kea, atau Hayabusa1300 kea. Hanya orang bodoh sahaja guna moto ini untuk berlumba. Ok itu saja dari saya jumpa lagi!
Sunday, September 7, 2008
Hari ini bayar lesen dan rasa sedap
07 Sept- Hari akan ke pejabat pos Kuala Krai untuk bayar lesen yang akan tamat pada hari ini, kena bayar kalau tak ,tak berani bawa kenderaan tanpa lesen weh!. Hari ini puasa dah masuk hari ke tujuh, ok masih sihat walaupun berat badan dah turun sikit mudah-mudahan dapat berpuasa penuh tahun ni. Nampaknya raya tahun ini agak meriah sikit kerana dapat bonus sebulan gaji, separuh dapat bulan Sept dan separuh lagi Disember ni,. Menyentuh tentang aktiviti pemotoran, keadaan virago saya masih baik, baru-baru ni servis tukar minyak hitam pakai minyak Shell Ultra Full Sintetik 15w50,engin rasa sedap sikit, rasa pickup sikit, enginnya senyap jea! Kalu macam ni nanti lainkali kena tukar minyak hitam Mobile 1 pulak, biar habis duit asal sedap, menyentuh tentang sedap ni, semua orang nak sedap, sedap makan, sedap duduk, sedap jalan, sedap hati, sedap naik, sedap mata, sedap perut,sedapppp... sokmo. Tapi yang tak sedapnya tak ada duit! ada duit semua sedap!ok itu saja hari ini.
Monday, September 1, 2008
Hari ini mula berpuasa
1 Sept. Hari ini mula berpuasa, nampaknya semua orang kelihatan letih lesu dan mengantuk, maklumlah semuanya berpuasa, tapi saya tetap menaip dalam blog ini. Hari ini mungkin ke Kuala Krai untuk beli lauk-pauk berbuka puasa dengan moto Virago saya, setakat ini moto no problem, sekarang ni guna moto saja bila kemana mana seorang diri, lebih cepat dan menjimatkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)