Sunday, November 9, 2008

MInggu Terakhir Persekolahan Tahun Ini

9 Nov- Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan pada tahun ini, sekarang semua guru sibuk dengan peperiksaan akhir tahun dan SPM akan bermula pada 11 Nov ini, Masa ni saya duk sibuk marking kertas BI tingkatan 2 dan 4, belum siap lagi, Insyallah pada hari Rabu ni siap kut markah untuk dihantar ke Unit Peperiksaan Semakmur. Segala-segalanya berlalu dengan pantas, sup-sap,sup-sap dah akhir tahun dah,tapi banyak kerja dan projek belum lagi beres. Ingat hati hari Rabu ni, nak buat Video Klip nyanyian untuk persembahan dan mengasak bakat dalam pembuatan video klip, harap-harap hari Rabu ni bolehlah buat penggambaran kat Tasik Kuala Krai. Mungkin jugak dalam cuti ni sibuk dengan penggambaran Video perkahwinan, setakat ini belum ada tempahan lagi , mungkin seminggu lagi ada lah kut, Sekarang PC kat rumah dah tukar kepada yang baru jenis Acer model 1641-2.2Ghz, ram 2,5ghz, hardisk 160gb, biar power sikit senang nak convert video.

Thursday, November 6, 2008

Tak mengajarlah hari ni, jamuan, solat hajat dan izin ilmu


6 Nov- haaaaa... hari ini boleh dikatakan tak mengajarlah kerana sebahagian pelajar sedang periksa dan yang tingkatan 5 ada majlis solat hajat dan izin ilmu, semua guru tingkatan lima terlibat, yang hadir adalah. Hari ini masih ada lagi jamuan tingakatn 4 dan 5 MPV, kenyang pulak gamaknya hari ni. Itulah untungnya jadi guru, akhir tahun dijamu oleh pelajar, kenyang dari pagi sampai tengahari. Begitulah adab membalas budi guru, esok mereka jugak akan merasa begitu bila jadi guru. Hari ini jugak mungkin ke Kuala Krai ada nak beli barang sikit sambil-sambil bawa keluarga keluar makan.