Tuesday, September 9, 2008

Kelebihan Moto Virago535

09 Sept- Hari ini saya membincangkan kelebihan moto ini, dulu saya dah terangkan kelebihannya tetapi semalam terdelete masa tengah edit blog ini. Moto ini saya beli 2 tahun lepas sampai sekarang tiada masalah. hanya servis biasa. Moto ini amat cantik kerana hampir 50 peratus bodykitnya adalah crome terutama di bahagian enginnya, nampak berdaya bila menunggang., minyaknya jimat kerana bila kita isi penuh tangkinya campur dengan tangki rizab sekitar 15 liter, setiap 1 liter minyak kita boleh jalan sehingga 20 km lebih bergantung pada kelajuan. Lebih slow lebih jimat. Tentang servis amat mudah, tukar minyak hitam 3.2 liter bila tukar oil filter, kalau tak tukar oil filter minyak hitam hanya 2.8 liter sahaja, Moto ini tak berapa laju sesuailah dengan namanya, Moto ini dalam kelas Chooper dan cruiser, menunggang moto ini hanya untuk menikmati keseronokkan bermoto sambil menikmati persekitaran. Tork amat bagus terutama ketika memotong kenderaan lain walaupun dalam gear paling atas, fuuh seronok betul bila memotong..zuuup lepas,top speed 150 jea! tapi ini bukan moto lumba, kalau nak berlumba jangan guna moto ni, kena beli ZX10 kea, CBR kea, atau Hayabusa1300 kea. Hanya orang bodoh sahaja guna moto ini untuk berlumba. Ok itu saja dari saya jumpa lagi!

Sunday, September 7, 2008

Hari ini bayar lesen dan rasa sedap

07 Sept- Hari akan ke pejabat pos Kuala Krai untuk bayar lesen yang akan tamat pada hari ini, kena bayar kalau tak ,tak berani bawa kenderaan tanpa lesen weh!. Hari ini puasa dah masuk hari ke tujuh, ok masih sihat walaupun berat badan dah turun sikit mudah-mudahan dapat berpuasa penuh tahun ni. Nampaknya raya tahun ini agak meriah sikit kerana dapat bonus sebulan gaji, separuh dapat bulan Sept dan separuh lagi Disember ni,. Menyentuh tentang aktiviti pemotoran, keadaan virago saya masih baik, baru-baru ni servis tukar minyak hitam pakai minyak Shell Ultra Full Sintetik 15w50,engin rasa sedap sikit, rasa pickup sikit, enginnya senyap jea! Kalu macam ni nanti lainkali kena tukar minyak hitam Mobile 1 pulak, biar habis duit asal sedap, menyentuh tentang sedap ni, semua orang nak sedap, sedap makan, sedap duduk, sedap jalan, sedap hati, sedap naik, sedap mata, sedap perut,sedapppp... sokmo. Tapi yang tak sedapnya tak ada duit! ada duit semua sedap!ok itu saja hari ini.

Monday, September 1, 2008

Hari ini mula berpuasa

1 Sept. Hari ini mula berpuasa, nampaknya semua orang kelihatan letih lesu dan mengantuk, maklumlah semuanya berpuasa, tapi saya tetap menaip dalam blog ini. Hari ini mungkin ke Kuala Krai untuk beli lauk-pauk berbuka puasa dengan moto Virago saya, setakat ini moto no problem, sekarang ni guna moto saja bila kemana mana seorang diri, lebih cepat dan menjimatkan.