Monday, September 15, 2014

NOVEL : SEPANJANG RIWAYATKU Aku terjaga dikejutkan oleh Mek pada satu pagi yang dingin, Terbeliak biji mata tengok mek dan ayah memegang pisau toreh dengan mulut berkepul-kepul dengan asap rokok daun yang masih terselit di bibir. "Adik tak sekolah kea hari ni?' Mek bertanya lembut. "Tak hari ni cuti, cuti hari merdeka", sahutku bersahaja sambil mengosok mata.. "Umm begitu, nak ikut Mek pergi menoreh , hari ni?. tanya mek lembut, Aku termenung sejenak, lalu bingkas bangun, "Nak," "Kalau adik nak pergi sama, pergilah mandi dulu" celah mak. "Aku mengangguk ngangguk sambil mengheret kain selimut busuk ke dapur. Kelihatan air mandi dah ada kat dapur, panas suam di dalam besen. Aku segera menanggalkan seluar pendekku dan terus masuk ke dalam besen yang sederhana besar. " Mandi cepat sikit adik, ayah dah start motor tu" teriak mek dari pintu hadapan. "Ya Mek" aku menjawab lantang. Selepas mandi , aku capai kain tuala buruk yang sedia tersangkut kat paku di dinding dapur. Berlari kebilik dan mengambl seluar lusuh yang terlipat rapi dalam bakul rotan.Kemudian berlari ke arah Mek yang telah sedia menunggu bersama ayah di bawah di samping motor buruk yang telah dihidupkan. Aku segera turun dan memanjat motor buruk tersebut dengan bantuan ayah, aku terjelopok dalam raga motor , betul-betul muat, sambil tangan memegang hendal motor, sekali sekali mataku melilau kepada jarum meter motor yang bergerak-gerak turun naik ketka ayahku memulas trotelnya. Motor bergerak laju melalui jalan besar yang bertar, kemudian memasuki kawasan kebun getah dengan perlahan-lahan. suasana masih lagi pagi, kedengaran bunyi cengkerik yang mendayu diselang-seli dengan kicauan burung. Terpaan angin sejuk dalam kebun getah yang berkabus terasa sejuk mengigit tulang.. Ayah menyedari aku kesejukkan lalu diambil kail lepas dalam bakul yang disandang oleh Mek dan menyelimutku. Sekali sekala motor terasa terhenjut-henjut memijak akar pokok getah yang keras merintangi jalan. Aku mendongak ke atas di bawah dagu ayah lalu bertanya, " Ayah, lamabat lagi ke sampai?, "Dekat doh", ayah menjawab dengan bunyi engin motor yang semakin bingit sewaktu motor sedang mendaki bukit tinggi Mengimbau kembali zaman kanak-kanak, tahun 70an, masa sekolah rendah, suka mandi sungai, Sungai Durian, dahulu air sungai ini bersih, jernih dan ada ikan bermain-main di pinggir air, udang galah berselindung di balik dedaun yang mendap di dasar dan tepi sungai, leka bermain air sampai ke petang, hujung jari jemari kecut kerana kesejukan, suasana damai, matahari panas redup dengan langit yang membiru memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja.Hilauan ketawa anak-anak kecil bermain,l deburan air yang berkocak menambah suasana keriangan masa kanak-kanak,Malamnya bermain sekitar rumah, main wayang kulit sendiri, dipalu tong mernambah merdunya irama, membawa pelita ke sana ke mari selepas mengaji Quran, Lewatnya malam berdengkur di ribaan ibu tersayang , mata hampir terlelap mendengar orang tua berceloteh bercerita di temani pelita yang hampir malap kehabisan minyak tanahnya, Esok pagi bangun, manarik kain selimut hingga ke sungai , sejuk mengigil, mandi tanpa sabun berdebur terjun ke sungai, tanpa tuala tanpa kain, menyarung uniform sekolah, mek menyisir rambur lebat hitam lurus,Disapunya minyak rambut hijau cap nyonya, baunya harum , mengusik anak kucing dan ibunya dalam abu di dapur yang kesejukan, Mengusap-usap lembut kucing kesayangan lalu diciumnya, mencium tangan mek, melangkah anak tangga sambil berkata "mekk, adik nak gi sekolah dah ni" mek tersenyum lebar. Mengimbau kembali zaman remaja tahun 80an, masih muda remaja, menghadapi masa remaja denga penuh cabaran. Ketika itu baru naik tingkatan satu, berseluar pendek hijau dan baju putih. Seronok naik tingkatan satu dah rasa besar. Rakan-rakan ketawa bersama meraikan kejayaan kerana dapat juga naik tingkatan satu.Kawan perempuan berskirt hijau separas peha., tidak bertudung. Membulat tekad untuk berjaya dalam peperiksaan terutama peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya hanya 1 kolimeter sahaja. Cikgu sekolah menengah bekeng-bekeng belaka terutama cikgu mengajar geografi Sir Jerome Fernandes. Silap haribulan tak jawab soalan dengan tepat berdebak atas belakang penimbuk sulung,erlajar dengan fokus betul-betul hingga sering dapat no 1 ke 5 dalam kelas. Zaman remaja memang seronok, masa ni lah hiburan dalam Tv, pertunjukan pentas sering diadakan di Kuala Krai, lagu-lagu penyanyi terkenal masa tu seperti Jamal Abdillah, Sharifah Aini dan DJ Dave serta beberapa penyanyi lain sering berkumandang di radio dan TV.Ia menjadi lagu siulan anak-anak muda zaman itu. Uji Rashid dan Hail Amin tidak terkecuali. Panggung Wayang pula sering tayang filem-filem Hindustan di panggung Medo Kuala Krai, Hairan tengok anak-anak muda ketika itu berebut nak masuk panggung sampai ada yang melompat ke atas belakang penonton yang lain masa membeli tiket. Aku masih tekun dengan belajar dari tingkatan satu sampai tingkatan tiga. Masa tu seluar sekolah yang famous iaitu seluar sekolah panjang cap Charlie Chaplin tengah top, saiznya besar dibahagian peha tetapi runcing di pergelangan kaki, fuuhhh seronok, itulah pertama kali seluar panjang diperkenalkan di sekolah menengah, yang perempuan mula memakai baju kurung dan bertudung tapi tak labuh hanya menutupi kepala sahaja.Berjalan mundar-mandir dalam sekolah dengan rasa bangga. Baju digosok sendiri dengan sterika arang yang beratnya hampir tiga kilo yang bahan bakarnya dari arang yang dibakar dan dimasukan dalam sterika tersebut, asapnya hampir melemaskan, siap berpeluh. Baju putih sekolah dicelup nila biru dibasuh dan direbus bersama kanji lalu digosok hingga lipatannya keras,kalu tercucuk pasti berdarah kulit

Monday, April 14, 2014

Lama sudah tak edit blog ini kerana kesibukan dengan tugas-tugas rutin sebagai guru.