Wednesday, May 28, 2008

Hari ini ke Kota Bharu bawak abang ipar ke Klinik Sonotron

28 Mei- Today, I'm going to Kota Bharu to get medical treatment for my Brother in law. He must get that treatment because he was pain in the stomach and always fever and womiting for along time ago. I wish he will better after this, I also got gastric but so far is ok, I took medicines everyday and consult the doctor if I free, When our age are going to old we must carefully with our conditions, and try to make exercises everyday to get more good life today and forever. ok thanks see u later all bikers.

Tuesday, May 27, 2008

Hari ini relek kat rumah jea

27 Mei- Hari ini relek kat rumah jea, pagi pergi klinik cabut gigi, balik relek kejap. petang pergi hantar isteri ke pejabat, makan kat kedai Pokok Tanjung, lepas tu pergi Econjaya beli tuala untuk lap moto, esok mungkin ke Kota Bharu pergi klinik hantar abang ipar untuk perubatan Sonotron, mungkin lepas tu pergi shopping kot, hummm, duit dah nak abis ni, apa boleh buat banyak kerja kan walaupun cuti sekolah, ok setakat tu saja byeee....

Wednesday, May 14, 2008

Hari ini ke Kuala Krai Ambil barang order

14 Mei- bertugas seperti biasa pada pagi, petang ni pergi ambik barang di pejabat pos Kuala Krai iaitu alarm untuk moto virago kawe, petang ni tengok-tengok moto tu nak baiki macam mana, bearing moto tu dah order booking rm50.00 mungkin sampai minggu depan, jadi dua tiga hari ni tak dapatlah nak ride, boring betul!

Tuesday, May 13, 2008

Hari ini Ke Kota Bharu beli spareparts untuk Virago

13 Mei- Hari ini akan ke KB untuk beli spareparts moto virago dengan anak lelaki kawe, sudah 3 hari dah baiki moto tapi tak ok lagi, harap-harap hari ni boleh dapatkan Race Ball bearing untuk steering moto tu. Lama benar dah tak ride makan angin, Kerja hari ni macam biasa, masuk kelas mengajar, Kelas pun yang tercorok, beri nasihat sikit tentang kehidupan, cerita hal-hal untuk membangkitkan semangat mereka untuk berjaya. Ya lah tu nak hidup gembira meski kuat semangat ok thanks dari amy

Sunday, May 11, 2008

Hari ini kerja

11 Mei- Hari ini start kerja untuk minggu ni, semalam pergi KB Mall , shopping sikit beli kasut rider, beli jaket bell kulit, beli helmet baru jenis SGV cruiser2, fuuuuh seronok betul, moto Virago tengah baiki ni, tukar bering stering dah pecah, juga beli O-ring Valve, ada bocor sikit kat penutupnya, hari ini mungkin pasang balik, tak sabar lagi nak ride ni, yang lain ok. Harap-harap cuti hujung bulan ni bolehlah ride sesama kawan pergi kat mana mana tempat menarik untuk hilang tensen dan menikmati keindahan bumi Allah ini, mungkin cutinya bawak keluarga sekali kot pergi mancing-mancing ke, jalan-jalan makan KFC kat KB, tengok2 spareparts moto ke, rasa teringin nak tukar tayar belakang moto, agaknya yang besar sikit baru best!

Thursday, May 8, 2008

Sepi kian berlabuh di hujung minggu

khamis 8 Mei - Haaaaaa, hari ini hari akhir minggu ni kerja, lapang rasanya esok jumaat, cuti ler, hari sabtu ni ada teater kanak-kanak kemas kat KB, prepare untuk backdrop dan kostumes, cuti pun banyak kerja, walaupun rasa sepi sikit, tapi tak ape esok boleh ride dengan virago535 ke bandar makan angin sambil lepak dengan kawan moto besar kat guchil, petang ni pun ada perjumpaan bincang pasal moto,, fuyoohh.. seronok dah lama tak ride jah ni. salam

Wednesday, May 7, 2008

Salam perkenalan dari azamy

Assalamualaikum dan salam sejahtera dari Azamy dan selamat datang ke blog saya yang terbaru dan terkini. Saya seorang peminat motor Yamaha Virago535, kepada semua bikers di luar sana selamat berkongsi minat yang sama terhadap jentera dua roda yang cantik dan mengancam ini.