Saturday, December 13, 2008

Aktiviti Sepanjang Cuti Yang Panjang
















13 Dis-Haaa.. dah lama tak menulis dalam blog ini kerana hanyut bersama cuti yang panjang, kepada semua kawan guru-guru, selamat bercuti panjang nampaknya tinggal hanya 2 minggu lebih-lebih lagi. Aktiviti sepanjang cuti ini memang banyak ingat nak pergi melawat kat mana-mana tempat tapi banjir dan kekurangan wang terpaksalah duk kat rumah jea!. Hari Raya korban baru ni pergi ke rumah abang Man, abang Ipar kerana anak sedara buat kenduri sembelih seekor lembu. Alhamdulillah semuanya ok. Pesanan untuk anak sedara Sue, rajin-rajin belajar habiskan semester bagi memperolehi ijazah, lepas ni boleh jadi cikgu mengajar dengan penuh dedikasi. Baru-baru ini, pergi bank Islam kerana nak beli rumah di Taman Perisai Wira, sekarang duk tunggu panggilan telefon untuk sain surat perjanjian. Semalam pergi dengan Cikgu Hassan ke Taman Perisai Wira tengok contoh rumah teres setingkat yang hendak dibeli tu, ok lah jugak kerana agak luas, nampak kalau tidak aral melintang bulan 7 tahun depan bolehlah duduk rumah baru.Berkenaan dengan alam permotoran, moto kawe Virago masih lagi ok, cuma dah lama tak start, kelmarin cuba hidupkan dan roda-roda keliling Kuala Krai. Nampak aktiviti permotoran stop kejap kerana hujan, lepas ini kot adalah aktiviti konvoi ke mana-mana tempat tapi belum meeting dengan ahli kelab lagi, insyaallah mungkin minggu depan adalah kot. Minggu lepas anak murid kahwin, Nurul Akma tengok gambar atas saya bersama bekas anak murid, ok awak semua selamat maju jaya!