Tuesday, September 9, 2008

Kelebihan Moto Virago535

09 Sept- Hari ini saya membincangkan kelebihan moto ini, dulu saya dah terangkan kelebihannya tetapi semalam terdelete masa tengah edit blog ini. Moto ini saya beli 2 tahun lepas sampai sekarang tiada masalah. hanya servis biasa. Moto ini amat cantik kerana hampir 50 peratus bodykitnya adalah crome terutama di bahagian enginnya, nampak berdaya bila menunggang., minyaknya jimat kerana bila kita isi penuh tangkinya campur dengan tangki rizab sekitar 15 liter, setiap 1 liter minyak kita boleh jalan sehingga 20 km lebih bergantung pada kelajuan. Lebih slow lebih jimat. Tentang servis amat mudah, tukar minyak hitam 3.2 liter bila tukar oil filter, kalau tak tukar oil filter minyak hitam hanya 2.8 liter sahaja, Moto ini tak berapa laju sesuailah dengan namanya, Moto ini dalam kelas Chooper dan cruiser, menunggang moto ini hanya untuk menikmati keseronokkan bermoto sambil menikmati persekitaran. Tork amat bagus terutama ketika memotong kenderaan lain walaupun dalam gear paling atas, fuuh seronok betul bila memotong..zuuup lepas,top speed 150 jea! tapi ini bukan moto lumba, kalau nak berlumba jangan guna moto ni, kena beli ZX10 kea, CBR kea, atau Hayabusa1300 kea. Hanya orang bodoh sahaja guna moto ini untuk berlumba. Ok itu saja dari saya jumpa lagi!

1 comment:

Unknown said...

salam

tau dok mano nak beli virago seken hand kat kota bharu ??