Sunday, August 23, 2009

Lawatan MBC Ke KRC Jemputan Muhibah


23 Ogos- Pada Jumaat yang lepas 21 Ogos, KRC telah mengadakan jamuan makan Ayam Bakar dan menjemput MBC untuk datang bertandang dan memeriahkan lagi majlis yang diadakan khas untuk mereka sebagai tanda berterima kasih kerana bersama-sama KRC mengadakan konvoi ke Kuala Trengganu pada 14 Ogos yang lalu. Bantuan dan kerjasama mereka amatlah dihargai kerana konvoi pertama KRC telah berjaya diadakan berkat bantuan mereka. Seramai 30 bikers MBC menghadiri majlis tersebut pada jam 5 petang. Dalam majlis tersebut pengerusi KRC mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBC kerana sudi datang menjenguk KRC. Diharapkan kerjasama MBC dan KRC akan terus berkekalan dan kami telah merancang akan mengadakan beberapa siri konvoi pada masa akan datang selepas Hari Raya Puasa ini. Selamat Berpuasa untuk KRC dan MBC.

Tuesday, August 18, 2009

Peraturan Berkonvoi


Dalam perjalanan konvoi rasmi KRC KELAJUAN bukan faktor utama sebaliknya KESELAMATAN adalah faktor yang harus diutamakan. Menunggang secara berkumpulan/berkonvoi sememangnya memberikan lebih keseronokan dan kepuasan. akan tetapi boleh menjadi bahaya jika seseorang itu tidak biasa menunggang secara berkumpulan. Sila patuhi panduan jika anda berhasrat untuk menyertai aktiviti menunggang KRC.


1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Tiada marshall MBC yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

9. Tiada marshall MBC diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau kerosakkan motosikalnya tetapi tidak disedari oleh ahli yang lain sehingga tertinggal berkilometer jauh hingga terpaksa mencari merata-rata

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan menunggang untuk cuaca hujan kerana konvoi KRC tidak takut dengan hujan OK SELAMAT BERKONVOI!

Saturday, August 15, 2009

Ride to Kuala Trengganu



15 Ogos- Semalam 14 Ogos Kelab Penunggang Moto Krai (Krai Riders Club) atau KRC telah julung-julung kali nya menjalankan aktiviti Konvoi yang pertama iaitu Konvoi Ke Kuala Trengganu bersama dengan Malaysian Bikers Kelab (MBC) Melor. Kelab kami diketuai oleh pengerusi KRC sendiri En. Azihan dan ajknya, manakala MBC Melor diketuai oleh EN Ramzi. Kami bertolak tepat jam 7.30 pagi dan ada seorang ahli yang terlewat, dan akhirnya beliau berpatah balik ke Kuala Krai kerana tidak sempat mengejar konvoi kami sehinggalah ke Bandar Machang, kami berasa amat terkilan kerana seorang ahli terpaksa menarik diri disebabkan kelewatan. Kami sampai di Pekan Melor jam 9.00 pagi, dan mengisi minyak di Stesyen minyak petronas Melor, Seramai 11 orang ahli KRC menyertai konvoi ini manakala MBC Melor seramai 40 orang. Dalam perjalanan ke Kuala Trengganu seorang ahli KRC kerosakan motornya dan dapat diperbaiki sejam kemudian selepas solat jumaat di Tembesu, kemudian kami meneruskan perjalanan Ke Kuala Trengganu, dan apabila sampai KT jam 4.00 petang, kami telah melawat Taman Tamaddun Islam Kuala Trengganu. Di situ kami telah bergambar kenang-kenangan bersama MBC Melor. Selepas itu kami telah menuju ke Pantai Batu buruk KT kerana disitu ada pameran Motor KTM, ramai ahli mencuba pandu uji moto KTM disamping bergambar kenang-kenangan bersama anggota KTM. Jam 5.30 petang makan petang di Pantai Batu buruk, selepas itu bertolak dan singgah untuk sembahyang asar di masjid berdekatan. Bertolak semula jam 7.00 petang, sedikit nasihat diberikan oleh ketua Marsyal, beliau berkata perjalanan balik dipercepatkan dan kelajuan maksima ialah 130 km sejam, ahli dinasihatkan berhati-hati kerana menunggang dengan kelajuan tinggi. Ketika hendak meneruskan perjalanan motor Ady ahli KRC meragam , klasnya rosak, tapi boleh meneruskan perjalanan selepas itu. Kami sampai di Kuala Besut jam 8.00 malam dan kami menyedari seorang biker KRC En. Supian, motonya telah rosak dan ketinggalan di belakang, semuanya berhenti dan menghantar peninjau mencari ahli yang tertinggal. Motonya rosak bateri weak. sabahagian ahli yang lain bertolak ke masjid untuk sembahyang maghrib dan isyak bersama-sama. Akhir moto tersebut berjaya dibaiki dan kami teruskan perjalanan ke Jertih, seterusnya ke Bandar Machang. Sampai di Machang sekali lagi motonya rosak, Ady terpaksa meneruskan perjalanan kerana motonya tak boleh berhenti kerana rosak klac. Moto Supian ditolak tapi tak hidup lalu ditinggalkan di Machang, dan teruskan perjalanan balik ke Kuala Krai. Dalam perjalanan hujan telah turun di Banggol Kulim, semua ahli basah kuyup sehinggalah sampai ke rumah masing-masing jam 11.45 malam.

Tuesday, August 11, 2009

Mesyuarat AJK KRC Krai Riders Club






11 Ogos- Satu mesyuarat KRC telah diadakan semalam jam 5.30 petang di Kedai MDKKU Guchil Kuala Krai. Yang hadir, Cikgu Zihan, Cikgu Azamy. Cikgu Nik, En. Redzuan, En Asrol, En Pouzi, En. Azlan, En Supian, dan En Die. Dalam perjumpaan tersebut baju t-shirt kelab telah diedarkan kepada ahli untuk program Konvoi ke Melor pada Jumaat 14 Ogos ini. Tujuan konvoi ini adalah untuk mendedahkan pengalaman berkonvoi kepada ahli. Kami semua amat teruja un tuk berkonvoi kerana inilah pertama kali Kelab Moto Kuala Krai ditubuhkan dan mendapat sambutan daripada semua bikers-