Thursday, December 10, 2009

Upgrade Dari D3000 ke D90

10 Disember- Saya dah upgrade dengan membeli kamera baru D90 minggu lepas dan D3000 dah jual kepada Cikgu Nikshai.Kamera baru ini telah digunakan pada Pengambaran Wedding minggu lepas di Kg Gajah untuk persandingan Amin dan Nor Azizah. Kamera ini adalah baik sekali dengan gambarnya Stunning iaitu memukau, sharp, detail, kurang noise dan peka dalam shooting yang kurang cahaya atau Dimm light. Bagi Aktiviti permotoran nampak mula cuti sekolah baru-baru ini, semua geng menghilang diri dan tak dapat dikesan mungkin ada yang sibuk berkerja, manakala guru pulak sibuk jaga periksa dan yang lain mungkin bercuti sakan melawat tempat menarik di seluruh Malaysia.Saya cuma duduk di rumah sahaja, periksa kertas peperiksaan akhir tahun dan menyiapkan kerja-kerja akhir majalah sekolah design reka bentuk grafik majalah dan melayari internet dan mencuba sofware baru Lightroom, ACDsee yang diberikan oleh cikgu NIk. Bila agak semua geng moto nak berjumpa!

Sunday, September 27, 2009

Beli Kamera Baru


27- Hari Khamis lepas ke Kota Bharu dengan motor beli Kamera baru Nikon DSLR D3000 harga RM2388 complete dengan tripod dan LCD cover, beli kat Mega City KB Mall. Lepas tu balik roda-roda. Suasana masih lagi berhari raya, Jem tengah jalan apabila sampai kat Banggol Kulim. tapi dengan motor no problem potong saja atau lalu kut bahu jalan dengan berhati-hati mana tahu kalau ada pemandu kereta yang bodoh belok masuk bahu jalan. Sekali tu terpaksa brek emergency sebuah MPV membrek dengan kuat, erek tayar juga 2 tiga meter, nasib baik tak langgar belakangnya dan masih dalam kawalan.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA AHLI KRC


Selamat Hari Raya untuk semua pengunjung blog saya, maaf zahir batin jika terkasar bahasa, terlebih tutur kata!

Tuesday, September 8, 2009

Masih berpuasa tak lama lagi Hari Raya

08 Sept- Hari ini masih lagi berpuasa masuk hari ke-18 berpuasa. Aktiviti pemotoran- pada hari Ahad lepas tiga empat ahli KRC, Cikgu Mie, Cikgu Zam, Cikgu Nik dan En Asrol berjumpa di tasik sambil borak-borak tentang dunia pemotoran, sebelum tu ahli KRC bertemu dalam mesyuarat untuk mengadakan majlis Berbuka puasa pada hari Rabu iaitu esok 9 September dan hari ini akan diadakan pertemuan untuk para ahli bertemu untuk memungut wang pakej jamuan berbuka puasa yang akan diadakan di Damar Kopitiam Restoran. Diminta semua ahli hadir pada hari ini dan berharapkan majlis tersebut akan berjaya diadakan demi untuk kebaikkan para ahli. Hidup KRC! "Riding is Forever and Freedom is live behind bars"

Sunday, August 23, 2009

Lawatan MBC Ke KRC Jemputan Muhibah


23 Ogos- Pada Jumaat yang lepas 21 Ogos, KRC telah mengadakan jamuan makan Ayam Bakar dan menjemput MBC untuk datang bertandang dan memeriahkan lagi majlis yang diadakan khas untuk mereka sebagai tanda berterima kasih kerana bersama-sama KRC mengadakan konvoi ke Kuala Trengganu pada 14 Ogos yang lalu. Bantuan dan kerjasama mereka amatlah dihargai kerana konvoi pertama KRC telah berjaya diadakan berkat bantuan mereka. Seramai 30 bikers MBC menghadiri majlis tersebut pada jam 5 petang. Dalam majlis tersebut pengerusi KRC mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBC kerana sudi datang menjenguk KRC. Diharapkan kerjasama MBC dan KRC akan terus berkekalan dan kami telah merancang akan mengadakan beberapa siri konvoi pada masa akan datang selepas Hari Raya Puasa ini. Selamat Berpuasa untuk KRC dan MBC.

Tuesday, August 18, 2009

Peraturan Berkonvoi


Dalam perjalanan konvoi rasmi KRC KELAJUAN bukan faktor utama sebaliknya KESELAMATAN adalah faktor yang harus diutamakan. Menunggang secara berkumpulan/berkonvoi sememangnya memberikan lebih keseronokan dan kepuasan. akan tetapi boleh menjadi bahaya jika seseorang itu tidak biasa menunggang secara berkumpulan. Sila patuhi panduan jika anda berhasrat untuk menyertai aktiviti menunggang KRC.


1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Tiada marshall MBC yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

9. Tiada marshall MBC diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau kerosakkan motosikalnya tetapi tidak disedari oleh ahli yang lain sehingga tertinggal berkilometer jauh hingga terpaksa mencari merata-rata

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan menunggang untuk cuaca hujan kerana konvoi KRC tidak takut dengan hujan OK SELAMAT BERKONVOI!

Saturday, August 15, 2009

Ride to Kuala Trengganu



15 Ogos- Semalam 14 Ogos Kelab Penunggang Moto Krai (Krai Riders Club) atau KRC telah julung-julung kali nya menjalankan aktiviti Konvoi yang pertama iaitu Konvoi Ke Kuala Trengganu bersama dengan Malaysian Bikers Kelab (MBC) Melor. Kelab kami diketuai oleh pengerusi KRC sendiri En. Azihan dan ajknya, manakala MBC Melor diketuai oleh EN Ramzi. Kami bertolak tepat jam 7.30 pagi dan ada seorang ahli yang terlewat, dan akhirnya beliau berpatah balik ke Kuala Krai kerana tidak sempat mengejar konvoi kami sehinggalah ke Bandar Machang, kami berasa amat terkilan kerana seorang ahli terpaksa menarik diri disebabkan kelewatan. Kami sampai di Pekan Melor jam 9.00 pagi, dan mengisi minyak di Stesyen minyak petronas Melor, Seramai 11 orang ahli KRC menyertai konvoi ini manakala MBC Melor seramai 40 orang. Dalam perjalanan ke Kuala Trengganu seorang ahli KRC kerosakan motornya dan dapat diperbaiki sejam kemudian selepas solat jumaat di Tembesu, kemudian kami meneruskan perjalanan Ke Kuala Trengganu, dan apabila sampai KT jam 4.00 petang, kami telah melawat Taman Tamaddun Islam Kuala Trengganu. Di situ kami telah bergambar kenang-kenangan bersama MBC Melor. Selepas itu kami telah menuju ke Pantai Batu buruk KT kerana disitu ada pameran Motor KTM, ramai ahli mencuba pandu uji moto KTM disamping bergambar kenang-kenangan bersama anggota KTM. Jam 5.30 petang makan petang di Pantai Batu buruk, selepas itu bertolak dan singgah untuk sembahyang asar di masjid berdekatan. Bertolak semula jam 7.00 petang, sedikit nasihat diberikan oleh ketua Marsyal, beliau berkata perjalanan balik dipercepatkan dan kelajuan maksima ialah 130 km sejam, ahli dinasihatkan berhati-hati kerana menunggang dengan kelajuan tinggi. Ketika hendak meneruskan perjalanan motor Ady ahli KRC meragam , klasnya rosak, tapi boleh meneruskan perjalanan selepas itu. Kami sampai di Kuala Besut jam 8.00 malam dan kami menyedari seorang biker KRC En. Supian, motonya telah rosak dan ketinggalan di belakang, semuanya berhenti dan menghantar peninjau mencari ahli yang tertinggal. Motonya rosak bateri weak. sabahagian ahli yang lain bertolak ke masjid untuk sembahyang maghrib dan isyak bersama-sama. Akhir moto tersebut berjaya dibaiki dan kami teruskan perjalanan ke Jertih, seterusnya ke Bandar Machang. Sampai di Machang sekali lagi motonya rosak, Ady terpaksa meneruskan perjalanan kerana motonya tak boleh berhenti kerana rosak klac. Moto Supian ditolak tapi tak hidup lalu ditinggalkan di Machang, dan teruskan perjalanan balik ke Kuala Krai. Dalam perjalanan hujan telah turun di Banggol Kulim, semua ahli basah kuyup sehinggalah sampai ke rumah masing-masing jam 11.45 malam.

Tuesday, August 11, 2009

Mesyuarat AJK KRC Krai Riders Club






11 Ogos- Satu mesyuarat KRC telah diadakan semalam jam 5.30 petang di Kedai MDKKU Guchil Kuala Krai. Yang hadir, Cikgu Zihan, Cikgu Azamy. Cikgu Nik, En. Redzuan, En Asrol, En Pouzi, En. Azlan, En Supian, dan En Die. Dalam perjumpaan tersebut baju t-shirt kelab telah diedarkan kepada ahli untuk program Konvoi ke Melor pada Jumaat 14 Ogos ini. Tujuan konvoi ini adalah untuk mendedahkan pengalaman berkonvoi kepada ahli. Kami semua amat teruja un tuk berkonvoi kerana inilah pertama kali Kelab Moto Kuala Krai ditubuhkan dan mendapat sambutan daripada semua bikers-

Tuesday, July 28, 2009

Perjumpaan Gang Moto Besar Di Damar Kopitiam


28 Julai- Hari Ahad baru kita orang bertemu sambil-sambil minum air kat Restoran Damar Kopitiam Kuala Krai Jam 5.30 petang. Ramai yang datang hampir 7 buah moto besar, Virago, Vulcan dan V - Max pun ada, bincang pasal moto sambil minum petang, nampak semua geng gembira kerana dapat berjumpa kekawan yang berkongsi minat yang sama iaitu moto besar, orang ramai yang lalu lalang kat situ pun ada yang terpegun dan setengahnya ada yang ambil gambar Video!. Jadi kemungkinan kikta orang akan tubuhkan Kelab Moto Kuala Krai dalam masa terdekat, dulu dah ada rancangan tapi sering tergendala kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Insyallah aktiviti kita orang akan terpapar dalam blog ini sikit masa lagi. Salam perkenalan untuk semua ahli, semoga kita berjaya dalam minat masing-masing dan dapat menjalankan aktiviti berfaedah untuk masa yang akan datang....KRC boleh!

Tuesday, July 21, 2009

Jumpa Geng Moto Kat Guchil


21 Julai- Semalam jumpa geng moto Kuala Krai, moto besarlah, Zehan, Niza, Poknik dan Duan, kita orang berkumpul sambil minum air kat restoran di bangunan MDKKU Guchil jam 5 petang, borak-borak pasal pengalaman masing-masing dengan bidang permotoran, Niza dan poknik baru beli moto Virago535 tak sampai sebulan lagi, kata mereka moto ni best, memang best pun, moto besarlah katakan.kita orang berkongsi pendapat tentang moto, mungkin suatu hari nanti bolehlah kita berkonvoi kemana-mana sahaja, dan mungkin hari jumaat petangnya kita orang akan ke Melor untuk join dengan geng moto besar Melor bolehlah sama-sama kenal dan berbicara tentang moto, ok sekian!

Thursday, July 16, 2009

Kemeriahan Pilihanraya DUN Manek Urai

16 Julai- Habislah sudah kemeriahan Pilihanraya Manek Urai, kalau sebelum ini Manek Urai meriah dengan bendera parti masing-masing, sekarang sudah kembali senyap, Tok wakil dapat gaji RM4000 sebulan, penduduk manek urai dapat apa? mungkin dapat letih dan penat, suara jadi sengau kuat melaung kat pusat undi, yang menang , menang sorak , yang kalah menang moral. Apa-apa pun kita yang berkerja ini terus kerja, orang-orang parti duk sibuk berbual kat kedai kopi, yang marah pun ada, yang gembira pun ada, tapi ramai yang sedang memikirkan apakah nasib selepas ini, adakah pilihan mereka tu betul dan tepat, hanya Allah sahaja yang tahu.

Monday, May 25, 2009

Hari ini dapat Gaji senang hati

25 Mei- Hari ini dapat gaji walaupun tak banyak cukuplah untuk bayar ansuran kereta, juga nak beli bateri moto Virago kawe, nak start moto tu hari ini kerana dah lama tak start, hari sabtu baru ni ke mrsm ambil video forum remaja peringkat negeri kelantan dah convert 2 tape masih ada lagi 4 tape, letih lah tapi takpe lah kita kerja kerana Allah yang penting niat mesti ikhlas baru Allah redha ke atas kita. Cadangan hari ni nak ke Kota Bharu nak bayar ansuran kereta, tak tahu lah sempat ke tak kerana habis kerja jam 2 petang, ok itu sahaja cerita harin ni. Bye...

Thursday, May 21, 2009

Hari ini bermulanya ujian Pengesanan 2

21 Mei- Hari ini bermulanya peperiksaan/ujian pengesanan ke-2 untuk tingkatan 2, hari ini jaga periksa lah, mungkin minggu ni sibuk sikit kerana kena periksa kertas bahasa Inggeris untuk tingkatan yang diajar. Aktivit permotoran , agak tak berjalan sebab moto bateri telah kong, kena tukar bateri baru, baru elok, buat masa ni tak beli lagi, mungkin minggu depan lepas dapat gaji baru bel;i , tak boleh biarkan moto virago tu slok nanti terslok barang lain pulak kerana partnya amat mahal, moto besar katakan, berkenaan dengan kereta nampaknya ansuran ada dua bulan lagi, lepas ni kena sambung bayar untuk rumah pulak, takpa lah beli rumah tu saja nak buat harta sahaja bukan nak duduk buat masa la ni, kerana sekarang kena duduk dengan mentua senang nak jaga kesihatannya maklum mentua dah tua, kalu kita tak jaga sapa lagi. ok itu sahaja untuk blog kali ni

Saturday, May 2, 2009

Hari ini cuti relek jea

2 Mei- Semalam hari pekerja kebetulan jatuh hari cuti, relek kat rumah tapi tengah hari pergi ke wad kecemasan isteri sakit dada, tapi doktor kata hanya penyakit gastrik jea, lepas tu balik, relek kejap, petang keluar dengan moto ke Kuala krai beli buah-buahan sikit untuk makan malam, lepas tu dengar mengaji AL-quran dalam komputer Surah Al- Anbiya, moto Virago kawe nampaknya kena servislah petang ni, sekarang ni duk tunggu succes setup komputer Laptop untuk baiki. ok jumpa lagi

Tuesday, April 21, 2009

Kerja macam biasa hari ini

21 April- hari ini kerja macam biasa, semalam ambik laptop kat kedai komputer, format semula guna windows XP, lepas tu melayari internet kejap, shoppping sikit kat Econ jaya,hari mungkin ke Kuala Krai nak bayar bil api dan beli barang sikit ok see later

Sunday, April 12, 2009

Hari ini try komputer baru dapat

12 April- Hari ni try laptop baru jenis Acer Extensa 4630Z guna wireless dan broadband, melayari internet cari maklumat sikit dan tengok-tengok moto baru, moto tak boleh jalan hari ini kerana hujan lebat, contact war ajak minum air tapi dia tak boleh keluar baru sampai dari KB, letih, takpolah lain kali jea. Pagi tadi hantar isteri ke Hospital kerana sakit dada nak nyawa tak boleh, lepas balik ke sekolah, tiba di sekolah api letrik pula blackup tak leh nak melayari internet. ok jumpa lagi

Tuesday, April 7, 2009

Dah lama tak menulis

7 April- Haaa... lama sudah tak menulis dalam blog ni. Semuanya biasa sahaja, sibuk dengan tugas sekolah, barunya cuti tak pergi kemana-mana kerana anak ada kelas tambahan setiap hari cuti, Lepas tu minggu lepas pergi tengok rumah yang baru dibeli di Taman Perisai Wira, dah hampir siap tinggal 30% lagi nak siap, ok lah tu hujung tahun ni nampaknya dapatlah rumah tu, kalau siappun tak boleh duduk lagi kerana masih perlu menjaga mertua yang tinggal seorang diri di kampung. Tapi tak apalah bolehlah persiapkan dulu rumah tu dengan perabut dan sebagainya. Hari jumaat ini bolehlah lah bawak isteri pergi tengok rumah tu, rumah ni saya beli pun adalah untuk isteri saya, supaya besok ada tempat tinggal, walaupun rumah teres ni kecil tapi dengan ahli keluarga yang tak berapa ramai, ok lah tu.. sekian

Monday, March 2, 2009

Hari ini ada peperiksaan bulanan/ujian pengesanan

2 Mac- Hari ini ada ujian pengesanan di sekolah. Minggu ni tak mengajarlah kena jaga periksa dan marking kertas periksa. Ada berita menyedihkan pagi ini, Pok sik dah meninggal dunia pukul lima pagi tadi akibat strok, dah lama tak jumpa allahyaraham last-last terima berita kematiannya pagi ni dan dah pergi melawat tadi, itulah kehidupan kita atas dunia ini, semuanya sementara cuma, akhirnya kita semua akan mengadap Allah SWT, kembali kepada penciptanya, mula-mula orang, lepas tu orang, lepas tu tibalah masa kita pula untuk pulang apabila Allah SWT memanggil kita kembali kepadaNya. Minggu ni alam permotoran lesu sikit, moto tak leh jalan kerana hujan pagi petang, minggu lepas bateri moto kong . tapi dan tukar asid baru boleh start semula, sekarang semua dah ok.

Thursday, January 29, 2009

Masih Lagi bercuti

29 Jan- Hari ini masih lagi bercuti tahun baru Cina, dah sekolah ganti hari sabtu baru ni, dan akan ganti satu hari lagi pada 14 Feb ni, tak pe lah asalkan boleh cuti lagi menyenangkan, banyak kerja boleh buat masa ni, contohnya buat majalah sekolah, menaip data untuk majalah sekolah. Kelmarin dulu jumpa teman lama masa kerja di AAR dulu, Azmi yang balik cuti raya cina, berbual tentang kehidupan lalu dan terkini, banyak telah berubah, dia gemuk sikit, rambut dah kurang sikit, tapi tetap hensem macam Awie. Dia minat juga dengan alam permotoran ini dan teruja bila tengok moto kawe, rasanya dia nak beli moto juga, tapi katanya tak ada fulus lagi, kalau ada angkat satu, barulah betul-betul macam awie. Cuti ni tak pergi kemana kerana anak ada kelas tambahan matematik tiga hari berturut-turut, nampaknya guru matematiknya amatlah rajin, baguslah begitu, jarang nak dapat cari guru yang betul-betul rajin. harap tahun ni anak perempuan kawe form 3 dapat A1 dalam peperiksaan PMR tahun ni, Perkenankanlah. ok itu sahaja, sekarang ni duk tunggu nak jemput wife kat kafe, nak balik...ok see later!!!!!

Thursday, January 15, 2009

SELAMAT TAHUN BARU

15 Jan- Nampak belum lagi terlambat untuk menyambut tahun baru, selamat bersekolah!!!!