Saturday, August 15, 2009

Ride to Kuala Trengganu



15 Ogos- Semalam 14 Ogos Kelab Penunggang Moto Krai (Krai Riders Club) atau KRC telah julung-julung kali nya menjalankan aktiviti Konvoi yang pertama iaitu Konvoi Ke Kuala Trengganu bersama dengan Malaysian Bikers Kelab (MBC) Melor. Kelab kami diketuai oleh pengerusi KRC sendiri En. Azihan dan ajknya, manakala MBC Melor diketuai oleh EN Ramzi. Kami bertolak tepat jam 7.30 pagi dan ada seorang ahli yang terlewat, dan akhirnya beliau berpatah balik ke Kuala Krai kerana tidak sempat mengejar konvoi kami sehinggalah ke Bandar Machang, kami berasa amat terkilan kerana seorang ahli terpaksa menarik diri disebabkan kelewatan. Kami sampai di Pekan Melor jam 9.00 pagi, dan mengisi minyak di Stesyen minyak petronas Melor, Seramai 11 orang ahli KRC menyertai konvoi ini manakala MBC Melor seramai 40 orang. Dalam perjalanan ke Kuala Trengganu seorang ahli KRC kerosakan motornya dan dapat diperbaiki sejam kemudian selepas solat jumaat di Tembesu, kemudian kami meneruskan perjalanan Ke Kuala Trengganu, dan apabila sampai KT jam 4.00 petang, kami telah melawat Taman Tamaddun Islam Kuala Trengganu. Di situ kami telah bergambar kenang-kenangan bersama MBC Melor. Selepas itu kami telah menuju ke Pantai Batu buruk KT kerana disitu ada pameran Motor KTM, ramai ahli mencuba pandu uji moto KTM disamping bergambar kenang-kenangan bersama anggota KTM. Jam 5.30 petang makan petang di Pantai Batu buruk, selepas itu bertolak dan singgah untuk sembahyang asar di masjid berdekatan. Bertolak semula jam 7.00 petang, sedikit nasihat diberikan oleh ketua Marsyal, beliau berkata perjalanan balik dipercepatkan dan kelajuan maksima ialah 130 km sejam, ahli dinasihatkan berhati-hati kerana menunggang dengan kelajuan tinggi. Ketika hendak meneruskan perjalanan motor Ady ahli KRC meragam , klasnya rosak, tapi boleh meneruskan perjalanan selepas itu. Kami sampai di Kuala Besut jam 8.00 malam dan kami menyedari seorang biker KRC En. Supian, motonya telah rosak dan ketinggalan di belakang, semuanya berhenti dan menghantar peninjau mencari ahli yang tertinggal. Motonya rosak bateri weak. sabahagian ahli yang lain bertolak ke masjid untuk sembahyang maghrib dan isyak bersama-sama. Akhir moto tersebut berjaya dibaiki dan kami teruskan perjalanan ke Jertih, seterusnya ke Bandar Machang. Sampai di Machang sekali lagi motonya rosak, Ady terpaksa meneruskan perjalanan kerana motonya tak boleh berhenti kerana rosak klac. Moto Supian ditolak tapi tak hidup lalu ditinggalkan di Machang, dan teruskan perjalanan balik ke Kuala Krai. Dalam perjalanan hujan telah turun di Banggol Kulim, semua ahli basah kuyup sehinggalah sampai ke rumah masing-masing jam 11.45 malam.

No comments: