Wednesday, July 30, 2008

Kekurangan Moto Virago535

30 Julai- Hari ini saya bincangkan sedikit kekurangan moto ni, Pertama sebab dia mengunakan sistem penyejukkan udara maka engin panas sedikit tapi tak ketara, bagi perjalanan jauh melebihi 500km kena berhenti sekejap supaya enginnya sejuk sedikit, namun begitu ianya tidaklah memberi masalah, engin juga jadi over heating bila settingnya tak betul, jadi pengguna harus menyelaraskan setting pada karburator dengan betul. Kedua, masa nak servis, susah sedikit kerana kalau nak check air bateri terpaksa buka pelana dan bateri susah hendak dikeluarkan kerana terhalang oleh paip atau hos minyak,kena cabut hos dulu baru boleh check air bateri, agak leceh sikit, untuk tukar minyak hitam tak ada masalah. Itulah sahaja kekurangan yang terdapat pada moto Virago535, yang lain ok. Secara peribadi boleh dikatakan moto ini agak bergaya dan pengguna pasti puas dengan prestasinya. Moto ini tak berapa laju, maksima hanya 150km, Ingat! ini bukan moto lumba, ini moto bergaya sambil menikmati keseronokkan bermotosikal, kalau nak laju jangan pakai moto ni, belilah ZX10 kea, R1 kea, atau Hayabusa1300cc. Hanya orang bodoh saja guna moto ni untuk berlumba di jalan raya.

No comments: