Tuesday, June 10, 2008

Hari ini sekolah macam biasa

10 Jun- Haaa..., hari ini macam biasalah, sekolah baru bermula semalam selepas cuti panjang dua minggu, dalam cuti pun sibuk memanjang..maklumlah banyak kerja yang kena dibuat.. sepanjang cuti 5 kali pergi KB banyak urusan sambil bawa keluarga pergi shopping dan makan-makan kat KB Mall, beli hand-set baru murah hanya RM89.00 sahaja, Bulan ni ada berita menyedihkan dari member lama Cikgu Kamarul, isterinya meninggal dunia(Barah Paru-paru), lepas semalam isteri kawan rapat semasa kerja di AAR dulu, isterinya juga meninggal dunia(darah tinggi) sebelum tu tok dua pupu meninggal dunia penyakit tua.Ada berita gembira anak sepupu kahwin. Hal-hal lain bayar roadtax moto dan kereta,pergi melawat orang tua kat kampung, alhamdulillah orang tua masih sihat lagi tapi empunya diri ni sudah batuk-batuk hampir dua bulan sudah jumpa enam orang doktor dengan enam klinik dan satu hospital batuk belum lagi sembuh sepenuhnya, ada gastrik sudah penat makan ubat tak juga sembuh akhirnya berserah pada Allah SWT sajalah mungkin sembuh tak lama lagi...byeee...see u later

No comments: